SAYA TAKUT KECEWA LAGI .
Posted on Sunday, January 29, 2012 @ 3:31 AM < 2 jagiya >
wahh , macam parah je ! kikiki . tak parah mana lah ~ for your information tahun ni deeja akan menduduki peperiksaan SPM . yeah ~ deeja takut kekecewaan yang deeja rasa masa PMR dulu berulang kembali .kenapa deeja kecewa ? sebab tak dapat straight As lah . memang tak da rezeki kann ~ . disebabkan tak dapat straight As deeja terpaksa tinggalkan GENG deeja coz semua yang dalam GENG deeja dapat straight As . disebabkan tak dapat straight As juga lah deeja terpaksa pindah sekolah . acctually , semua tuh bukan penyebab utama deeja kecewa . nak buka rahsia ni . hehehe . jangan bagitahu orang lain tau ! SEBAB SEBENAR : MAK AYAHmak ayah deeja dah berharap sangat deeja dapat straight As masa tu . diorang hantar deeja tuition , diorang belikan buku revision . kalau deeja kira semua duit yang ayah dah habiskan untuk bantu deeja memang dah membazir banyak . deeja menangis teruk juga lah lepas dapat result tuh .orang cakap deeja tak bersyukur dengan keputusan yang deeja dapat . padahal deeja sedih sebab dah susah kan mak ayah deeja . dah hancurkan harapan diorang . dah habiskan duit diorang tanpa beri imbalan yang sepatutnya . hmmm~ diorang tak da kat tempat deeja . diorang tak tahu apa yang deeja rasa . so , moral of the story : jangan cakap kalau tak rasa ! so , deeja tak nak benda tuh berulang lagi . deeja kena usaha lebih sikit . and sepatutnya kurangkan berblogging ni . tapi dah teraddicted pula . terpaksa lah masukkan dalam jadual harian . haha . ok lah setakat tuh je ! p/s : jangan jadi macam deeja , korang mesti buat yang terbaik untuk mak ayah korang . janji ? |