Skin is made by Mitsuno Hanna
Basecode by Pika
Helped by { 1 | 2 | 3 }
GDA is OVER .
Posted on Thursday, January 17, 2013 @ 10:08 PM < 2 jagiya >
Assalammualaikum and annyong !
Akhirnya , tamat sudah GDA . Happy gilos corntoz . Tapi sedihlah sebab diorang dah balik Korea tanpa mengucapkan selamat tinggal dekat aku . //sobsobss\\ Lupakanlah . Nasi sudah menjadi bubur kata peribahasa melayu , kalau 'omputeh' pulak Don't cry over the spilt milk katanya ~//Ala-ala AA\\ HAHA . Lagipun tak pentinglah benda tuh semua . Apa yang penting ????  Kerjasama .. HAHAHA . ok mengarut .

Tak penting kata ko ? yang kau dok meroyan tak nak online 15 & 16 Jan tu dah kenapa ?
Itu sebab Broadband aku dah habis limit . So memang kelajuan dia agak sedikit menyakitkan hati . Kalah siput dweji , oppa cakap eh ! XD . Niat aku sebenarnya nak update blog masa SHINee dengan Bitubi datang sini tapi tak berkesempatan sebab lambat naw sampainya . hahaha . Gambar-gambar semua aku save ingatkan nak buat post la konon . Last-last dalam mimpi aku post . Hahaha . Aku tak online masa GDA berlansung sebab aku malas nak tengok tweet-tweet yang menyakitkan hati . Daripada aku mental breakdown baik aku layan anak buah aku yang lahir 11/1/13 . Alhamdullilah kakak ipar aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang mata sepet macam k-idol . HAHAHA . //ye lettew ~~\\

Apa kau buat dua hari tak online ? tak bosan ke ?
Masa 15 , aku tak buat apa-apa pun . Duduk rumah menangis je . Aku pun tak ingat aku buat apa masa tuh . Dah lupa lah ~ Main game dengan tengok tv kalau tak silap . HAHA .
Masa 16 , hari akhir GDA , aku pergi cari kerja dekat bandar dekat-dekat kampung aku ni . Niat sebenar nak mengayau . Dengan menggunakan tiga buah motorsikal aku , sepupu-sepupu , mak sedara kesayangan memulakan perjalanan ke sebuah Supermarket //Nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu .haha\\ Pusing-pusing , beli apa yang patut lepastuh bla . HAHA . Pergi tanya kerja dekat kedai buku , dia nak pakai sorang , bla ~ Last-last kitorang pergi Taman . Duduk main buaian , gelongsor dan sebagainya . HAHAHA .

Tuh je ? Bapak bosan gila ~ 
Tu je lah . Kau nak apa lagi ? -,- . Masa dah nak balik kitorang buat something yang agak berbahaya taw . HAHAHA . Aku yang tengah mental breakdown sebab GDA memang harus lah buat benda-benda berbahayakan . Kalau tak bukan mental namanya ...

Apa kau buat ni ? Cubaan bunuh diri ? Kelar tangan ? 
Astaghfirullahhalazim.. Dosa lah bebenda tuh . Aku masih waras lah ~ -,- . Kitorang just buat pertandingan "Makan Gula Siapa Habis Dulu Dia Kalah" //panjangnya ~\\ . Masa pergi Supermarket kitorang beli gula-gula warna warni yang kenyal tuh . Ada salut gula . //pepandailah eh cari .\\ Then , masukkan dalam mulut sorang dua . Dalam perjalanan tuh kemam je lah jangan bagi habis . HAHA . Aku membonceng je tak bahaya . tapi yang memandu bahaya kot . HAHA . Tak fokus . . so kalau tak mental jangan buat ok !
Sebenarnya , kitorang semua mental sebab takda kerja . Minta kerja tak dapat . Dah dapat gaji tak berbaloi dengan duit minyak yang keluar .

Itu je lah aku nak cerita . Post aku yang ni macam orang kampung right ? no english at all . HAHA . malas lah nak guna bahasa Inggeris / Payah nak cerita . Itu lah yang aku lakukan sepanjang GDA berlansung . Tapi still terfikir jugak lah , apa yang diorang tengok buat ek ? , diorang dekat mana ? and so on . Nama pun Kpopper . opps UNLUCKY Kpopper . Biasalah tu ....

P/S : Tak ada gambar hari ni sebab post panjang sangat . *mianhae